Cindai Laksamana telah dijemput meraikan pasangan pengantin Dila dan Ayie di Flat Sri Perak pada 22 March 2014.
Majlis bermula dengan Perarakan Panji-Panji Di Raja mengiringi Raja Sehari ke Singgahsana Pelaminan disertai dengan paluan kompang.
Selepas pengantin bersemanyam di singgahsana, Panglima-panglima Cindai Laksamana mengambil-alih tugas menyelenggara majlis, dimulai dengan Silat Tari Pembuka Gelanggang oleh Nazri Jebat Laksamana, diikuti oleh Mohd Zaki Gerbang Warisan, Cikgu Wan Sendeng, Ustaz Sham Jurus Pelangi dan penutup gelanggang oleh Nazri Jebat.
Kedua mempelai kemudiannya diarak ke meja santapan dan bergambar kenangan dengan Panglima-panglima Cindai Laksamana.
Kami di Cindai Laksamana mendoakan agar kedua mempelai akan kekal berkasih-sayang dan berbahagia hendaknya hingga hujung nyawa, insya Allah.
Di Sebalik Tabir ...
No comments:
Post a Comment